Friday, August 26, 2011

Isu Palestin Isu Umat Islam


Hari al-Quds

Alhamdulillah, sudah berlangsungnya Sambutan Hari al-Quds. Terima kasih kepada pihak penganjur program iaitu Jawatankuasa Tindakan Kolej APIUM Nilam Puri, APIDS dan Kelab Bahasa Arab APIUM (RUKNU) . Tidak dilupakan juga kepada wakil daripada Aqsa Syarif Johor, Ustaz Rofazlin b Jusoh selaku Pengerusi Aqsa Syarif Johor dan juga merupakan sukarelawan konvoi Viva Palestina atas kesudian memberi ceramah tentang peristiwa al-Quds dan juga sudi untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalamannya ketika menyertai konvoi.
Hari Kebangsaan akan berlansung tidak lama lagi. Ramai yang sudah bersiap sedia menyambut tanggal 31 Ogos dengan 1001 perasaan. Bagi golongan senior, hari tersebut menjadi tarikh keramat yang wajib di ingati dan bagi golongan junior , hari tersebut patut di pahatkan di hati mereka dan insaf akan pahit maung perjuangan membebaskan tanah air di tangan penjajah. Namun begitu, ramai yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Tarikh apakah itu? Sama2 kita selami...
Pada tanggal 21 Ogos 1969, seorang berkebangsaan Australia yang bernama Dennis Michael melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa . Api menyala besar dan membakar barang-barang di Masjid, tembok dan mimbarnya yang besar: mimbar Solahuddin.
Mimbar ini dulu digunakan oleh Solahhuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Quds dari tentera Salib. Meskipun api tidak bergerak sedikitpun untuk memadamkannya dengan harapan agar api membakar masjid secara keseluruhan. Akan tetapi Allah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya, api dapat dipadamkan.
Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah di bantai

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Ia mengungkapkan bahawa ia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itusesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian Yahudi membebaskannya kerana orang ini?gila? sehingga ia tidak dapat mempertanggungjawabkannya.
Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka,dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa, maka sejak itu tanggal 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.
Inilah sejarah Hari Al-Quds, tapi berapa ramai yang mengetahui tentang sejarah ini?? Bukalah mata kita sahabat-sahabat, lihatlah bagaimana nasib saudara-saudara kita di Palestin sekarang. Mungkin kita sekadar melihat mereka dari jauh sahaja, tFont sizeapi ingat bukan sekadar melihat tetapi doa yg jauh itu yang mereka perlukan daripada kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...