Wednesday, June 22, 2011

Virus-virus Ukhuwah

Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi
terakhir, yang tiada Nabi sesudahnya.

TAHUKAH ENGKAU, DIMANA IA BERSEMAYAM?

Tahukah engkau, di mana ia bersemayam?
dialah saudaramu...ke mana ia m
elangkah?
sanggupkah matamu memandangnya?
sedang matanya tak sanggup menatapmu?
saudaramu hidup laksana sejarah
berjalan beriringan mengikuti langkahmu
tanpa bahasa yang dapat menyapa
bercucur air mata jika bersua
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempal mengadu
engkau bermurah hati tanpa pamrih
memupus duka nestapa yang ia derita
engkau memikul beban bertl tanggungannya
ketika letih pilu merasuk kedua bahunya
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu
engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya
ketika syaitan datang memperdayanya
engkau tersenyum bangga dengan ranum buah akhindit
engkau bahagia pula dengan kesuburan
ladang dunia saudaramu
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu
***
Sudah lama rasanya tidak menjenguk sesawangku ini,alhamdulillah dapat lagi terus istiqomah dalam melaksanakan amanah sebagai daie,walaupun bukanlah diri ini setegar karang di laut,namun hanya seorang insan yg sentiasa merendahkan dirinya dan sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan. Dengan adanya kemudahan ICT ini,sama-samalah sahabat,ayuh kita manfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan perkongsian2 yg menarik yg mampu membawa sahabat2 kita yg lain dan remaja2 di luar sana kenal siapa Pencipta kita...sama2 kita membawa hati kita kembali kepadaNya.

InsyaAllah, ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang buku yg dikarang oleh Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah iaitu Virus-virus Dakwah.

Antara senarai kandungan buku ini...

VIRUS-VIRUS UKHUWAH
1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA
2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA
3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA — Contoh Gaya Bicara yang tidak Etis —
a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar
b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberisalam, tidak
Menghargai Keberadaannya
c. Bergurau Secara Berlebihan
d. Sering Mendebat dan Membantah
e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan
4. SIKAP ACUH
5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA
6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN
DAN 7. SERING MEMBANTAH, BERBEDA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONGKASAR

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN
9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN
MEMAAFKAN
10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADUDOMBA
DAN MEMENDAM DENGKI
11. MEMBUKA RAHASIA
12. MENGIKUTI PRASANGKA
13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI
14. EGOIS, AROGAN. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK
MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA
15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA
KEPADAMU
16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKANINDIKASI ATAU HALHAL
YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABATKETIKA DISEBUT AIBNYA
17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANGSETIA
18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPANOBJEK DAKWAH
[MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGISAHABAT

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT
20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKANKESEDIHANNYA DAN SUKA
MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH
21. TERLALU CINTA



Thursday, June 9, 2011

...mahkamah hati...

Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus mengecapi nikmat Iman dan Islam. InsyaAllah,post kali ini sekadar berkongsi 1 artikel drpd seorang ustaz yg memang dikenali ramai khususnya dalam kalangan remaja,iaitu us.Pahrol Mohd Juoi yg. Artikelnya yg bertajuk Mahkamah Hati. Semoga bermanfaat....

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyiksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki, dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan. Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati!

Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab:

"Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya."

Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak. Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita.

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati.

oleh Us.Pahrol Mohd Juoi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...