Alhamdulillah, dengan izin ALLAH…rehlah mahabbah yg dirancang pada sem 1 yg lepas akhirnya dapat dilaksanakan juga.Untuk rehlah yg pertama ini,kami memilih Pantai Sri Tujuh sebagai tempat ‘honeymoon n star' kami. Walaupun tempat ini tidak lah terkenal sangat tapi alhamdulillah kami lah majmuah sem2 yg pertama yang sampai kat tempat ini. Kan kan kan?? Tp yg lebih pelik bin ajaib lagi,kami memilih masa yg amat sesuai untuk rehlah iaitu pada musim tengkujuh(x pernah di buat orang),memang best!!
di sebalik perjalanan kami................
dah siap semua?
...ok..dah dah..
macam x cukup je sorang..
sape??..
fatin mane fatin...
alamak tuan rumah xde cam maner ni??
jom2 asif 'ala taakhuri...hehehe..
nasib baik kitaorang x pergi lagi..kalau tak...
kalau tak korang la yg sesat...huhuhu
*bertolak tepat pukul 10 pg Jumaat...dengan ape???x lain x bukan kereta sewa k.bi la(kisah menarik mengenai kereta kami jap agi)...
Dari Kota Bharu(pergi beli tiket,al maklum lah dah nak cuti ni)...menaiki jambatan Sultan Ismail Petra. first time banat dapat tengok sungai Kelantan kecuali ana.
sampai Wakaf Bharu,perut dah meragam.nak buat macam mane,dr pagi perut kosong. Nak singgah pasar pagi tapi...tiba-tiba............
kereta pulak yang meragam....sampai Chabang Empat. Nasib baik Ustaz Mad(sempat lagi berkenalan) datang membantu(mcm Wonderpack la pulak)...uihh....perjalanan yg mencabar dan amat menguji kesabaran kami semua...
Teringat pesanan Ustaz kami...kita ni perlu juga mengkaji agama2 lain,perlu juga ke kuil untuk mengetahui serba sedikit tentang anutan mereka dan kita bandingkan dgn agama kita. Mungkin dgn kunjungan kita ke tempat mereka adalah satu wasilah untuk kita berdakwah. Mungkin mereka juga sama dengan kita,ingin mengetahui tentang agama masing2. dan mungkin juga akan tergerak di hati mereka untuk memeluk agama Islam...alaisa kazaalik?belum cuba belum tahu...
Alhamdulillah,sampai juga kami akhirnya di Pantai Sri Tujuh walaupun terpaksa melalui seribu satu masalah dan ujian namun itulah yg sebenarnya perkara yang mengajar kami untuk terus bersabar.
Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya....Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri...Dalam tradisi berfikir orang-orang Barat terdapat kecenderungan mempercayai bahawa alam ini terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan (by accident) lalu lahir teori evolusi dan teori-teori yang seumpama dengannya mengenai manusia, alam dan kehidupan....Dalam tradisi berfikir orang-orang Islam, alam ini diciptakan oleh Allah dan manusia dijadikan dalam keadaan yang sempurna....
Tepat pukul 4 ptg,kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya iaitu rumah ana sendiri(rumah ma n ayah). Saje je bawa sahabat2 ke rumah untuk mengeratkan lagi ukhuwah kami bersama. Sudah lama bermain-main kat pantai,terasa lapar lah pulak. Alhamdulillah,x rugi balik umah dalam keadaan lapar...terima kasih kpd ma kerana bersusah payah menyediakan makanan
untuk kami.
Perut dah kenyang,hari pun dah lewat petang. Pukul 5.30 ptg kami bertolak pulang ke APIUM.
Alhamdulillah kul 6 ptg kami sampai di APIUM .....inilah pengembaraan kami selama 9 jam...moga2 'rehlah gerimis...ziarah mahabbah' ini diberkati Allah s.w.t dan kami semua dapat mengambil 'ibrah dan khibrah daripadanya.
قف حتى تمضي قصة، فخذ منها عبرة واجعلها خبرة، لتستفيد منها حياة، تسلم في الدنيا والآخرة
"Biarkanlah berlalunya kisah, tapi ambillah drnya 'ibrah (pengajaran), dan jadikannya khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah !"~~