Tuesday, March 29, 2011

Serulah ke jalan TuhanMu….(bhg.2)

Assalamualaikum w.b.t...

(sambungan....)

Marhalah keempat

Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa
membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadhah, memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah s.w.t apabila mencukupi dua syarat:

• Niat kerana Allah s.w.t dan

• cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.

Sesuatu benda yang ingin kita lakukan mesti besertakan dengan niat. Memang tidak dapat dipisahkan. Kenapa? Sbb memang dah macam tu lah,kita tak akan lakukan sesuatu tanpa kita tahu tujuan kita lakukan. Tapi apakah lebih baik kita niatkan semata-mata kerana Allah. Betul kan? Kita makan kita minum,kita tidur semua itu ibadat sahabat-sahabat jika kita niat kerana Allah. Tak rugi kan, makan pun dapat,kenyang pun dapat dan pahala pun dapat. MasyaAllah…senang je kalau kita nak pahala.

Tapi sahabat-sahabat,niat,niat juga. Amal kita tu biarlah mengikut syariat Islam. Macam mane tu? Contohnya amal yg kita niatkan itu biarlah benda yang halal. Kita berpakaian sekalipun degan pakaian yang halal. Makan,dengan makanan yang halal. Ini kerana,tidak munasabah kita makan makanan yang haram dengan tujuan menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah .s.w.t.

Satu lagi sahabat-sahabat,kita sebagai daie ini yang ingin memperjuangkan Islam. Biarlah niat kita itu betul-betul ikhlas. Ana hairan dengan sesetengah orang ni,belum buat apa-apa lagi dah kata dah, “maaf ana tak boleh lah nak dakwah orang ni,ana takut ana tak ikhlas”. Jangan kita nak cakap tentang ikhlas kalau kita sendiri pun tak tahu ikhlas itu macam mane. Ikhlas seseorang itu, semuanya Allah sahaja yang tahu, hanya Dia sahaja yang menilai.

Kata-kata al-Imam as-syahid Hassan Al-Banna. Sesuai untuk kita sebagai seorang jundullah.:


“ Jika Islam itu diumpamakan seperti bangunan usang yang hampir rob
oh, maka ku berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Ku tidak mahu mengutip ramainya bilangan mereka tetapi ku inginkan hati-hati yang ikhlas membantu dan bersamaku bagi membina kembali bangunan usang menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah”

Marhalah kelima

Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad'u bahawa agama kita (Islam) tidak
berpada dengan kita menjadi muslim pada diri sendiri sahaja; dengan hanya melaksanakan ibadat-ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain; tidak lebih daripada itu.

Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri daripada saudara –saudara muslim yang lain dan tidak memperdulikan apa yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudara-saudara muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka".

Kita terangkan kepada mad'u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia Islam; Negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh menyerang, aqidah orang-orang Islam tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan, kehormatan mereka dicabul, harta kekayaan dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk di luar landasan Islam. Semua ini berlaku akibat tidak adanya Daulah Islamiah; Daulah Islamiah yang mampu menyerang balas musuh-musuh Islam, menghalang mereka daripada melakukan serangan, menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan syariat Islam di kalangan mereka.

Sebagaimana yang telah berlaku di Mesir dan sekarang pula di Libya. Pemimpin Islam hanya pada nama bukan pada perbuatan tidak boleh bawa ke mana-mana. Akhirnya, rakyat berpecah belah , negara pun musnah akibat peperangan sesama sendiri.

Sunday, March 27, 2011

Serulah ke jalan TuhanMu….(bhg.1)




الحمد الله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Assalamualaikum sahabat2..apa khabar semua? Apa khabar hatimu? Dan yang paling penting apa khabar imanmu sekalian? Semoga sentiasa bertambah. Walaupun kita bukanlah para Rasul,iman mereka sentiasa bertambah dan tidak pula berkurang. Walaupun kita bukanlah malaikat, iman mereka tidak pernah bertambah mahupun berkurang. Namun kita hanya manusia biasa, iman kita akan bertambah jika sentiasa istiqomah dengan beribadat kepada-Nya dan akan berkurang jika kita lalai daripada mengingati-Nya. Itulah kita sahabat-sahabat sekalian.

InsyaAllah post kali ini, ana ingin kongsikan sedikit sebanyak apa yang ana dapat drpd sebuah buku ini. Mungkin antum semua sudahpun membacanya buku ini, cuma ana lah yang sedikit ketinggalan dan terlepas pandang. Sememangnya buku ini amat penting dan sesuai bagi yg bergelar seorang daie dan mahu menjadi seorang daie kpd mad’unya.

Mungkin kita sudah sedia maklum bahawa Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Sahabat2 sekalian, nak jadi daie itu bukan senang. Nak menegur orang2 di sekeliling kita bukan perkara mudah hatta sahabat kita sendiri pun. Namun, itulah asam garam dalam kehidupan seorang daie. Jadi sahabat2, kita mesti bersabar dalam usaha kita menyeru mereka kpd Islam,kita mesti sanggup menghadapi tindak balas mereka dan kita mesti mengharapkan balasan usaha kita daripada Allah s.w.t. Masih ingat lagi ke kita bagaimana Nabi Muhammad s.a.w dihalau oleh penduduk Thaif,di baling batu kepadanya. Tak cukup sekadar itu sahabat2, Nabi pernah diletakkan najis di atas tengkuknya semasa baginda sujud dalam solatnya. Namun baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud :

“ Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti”.

Ingat sahabat2,dalam kita berusaha janganlah pula kita tinggal tawakkal kita kepada Allah s.w.t. Al-imam as-syahid Hassan al-Banna pernah berkata : “ Jadilah kamu ketika menyeru seperti pokok buah-buahan ; mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka”. Di sini ada beberapa marhalah dalam kita menjalankan dakwah secara fardiyyah. ( ana cuma ringkaskan je)

Marhalah pertama

Dalam marhalah yg pertama ini, perkara pertma yang ditekankan adalah ‘taaruf’. Bagaimana sahabat2? Pernah dengar tak istilah ni? Mestilah pernah dengarkan? Ana kenal perkataan ini semasa ana form1 dr akak naqibah ana. Ape benda taaruf ni kak?? Ooo.. taaruf ni salah satu rukun usrah rupanye…selepas taaruf, tafahum pastu takaful. Taaruf ni kita kenal2 tanya khabar,nama siapa,tinggal kat mane,cita2 nak jd ape… macam tu ye kak??? Macam tu rupanye…tp yang peliknya kak kenapa kita rapat dalam usrah je kak,nape hari2 lain bila saya jmpa akak kat kantin ke,koop ke akak tak tegur saya pun kak?? Nape ye???

Inilah yg menjadi permasalahan dalam kalangan daie2 kita. Wujudnya kelompangan ini, disebabkan ramai daie2 kurang faham matlamat usrah sebenarnya. Jadi, kita hendaklah mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tiada dan lain-lain. Bukan setakat bertanya khabar dalam usrah sahaja. Di sini jg kita tidak boleh mmbincangkan apa2 tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benar2 terbuka dan bersedia menerima dakwah.

Marhalah kedua

Marhalah yang kedua pula ialah marhalah membangunkan iman yg lesu di jiwa mad’u. Perbincangan mangenai kekuasaan2 Allah,kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya.Contohnya mengambil kesempatan drpd melihat burung ,tumbuhan,serangga dan mana2 ciptaan Allah. Sebagai contoh, bagaimana tunbuhan tersebut tumbuh drpd tanah dan air yang sama tp kenapa ia melahirkan bahagian2 yg berlainan sprt dahan,daun,bunga,buah,warna sedangkan ia disiram dgn air yg sama dan ditanam di tanah yg sama.

Kita bawa kpd mad’u perbincangan yg berlegar di sekitar persoalan keimanan. Dari situ,dia akan menilai semula kehidupannya semula sebelum ini. Dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap yg lama ; alpa,mencuaikan kewajipan,melakukan maksiat,dirinya akan terdedah kpd azab Allah di akhirat. Ketika itu dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya berpegang teguh kpd ajaran Islam.


Marhalah ketiga


Dakwah ni adalah kita mengajak mad’u untuk berbuat baik dan mendekatkan diri kpd Allah. Betul tak sahabat2?? Tugas kita mengajak bukan mengejek,tugas kita membantu bukan membantut. Kita bukan mufti tapi kita seorang daie. Kalau dakwah nak ajak orang dekat dengan Allah, kita dulu yang patut dekat dgn Allah. Barulah kita rasa ada ruh kita nak dakwah orang.

Jadi sahabat2,di marhalah ini kita membantunya memperbaiki dirinya dgn cara mengajarnya perkara2 ketaatan kpd Allah dan ibadat2 fardhu,membiasakan dirinya melakukannya secara berdisiplin,menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam.

Sekarang ni kalau kita lihat banyak buku2 diterbitkan yg berkisarkan tntg keimanan, dan kebanyakannya disampaikan melalui penulisan novel. Maklumlah remaja sekarang lebih gemar membaca novel tp bukan senang nak jumpa novel2 yg Islamik ni contoh Sinergi,VT yg dikarang oleh Hilal Asyraf, Tautan Hati olh Fatimah Syarha, Bumi Cinta olh Habiburrahman dan banyak lg. Jadi tak salah kan kalau kita membekalkan buku2 sperti ini kpd mad’u kita. Begitu jg dgn mengajak mereka ke majlis2 ilmu dan ceramah-ceramah. Dalam kata lain,mad’u kita tidak sepatutnya dibiarkan tanpa diikuti perkembangan dirinya dan tanpa bimbingan.

(bersambung...) (hasil perkongsian dr buku DAKWAH FARDIYYAH - Mustafa Masyhur)

Monday, March 21, 2011

***permataku***

Alhamdulillah …puji dan syukur kpd Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah Tuhan yang selayaknya diserahkan segala kecintaan. Cinta yang abadi dan suci hanyalah cinta yang sujud di telapak cinta-Nya. Syukur atas kasih sayangnya,Allah telah mengurniakan rasa cinta sesama kita sebagai layar yang menyerlahkan lagi keagungan cinta-Nya.

Teringat ana kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab:

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan nikmat Islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh”

Sudah lama rasenye tidak update blog ini,namun alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan bersama-sama sahabat sekalian untuk berkongsi sedikit pengalaman,pengisian ataupun sedikit peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat untuk kita semua.

Di sini, cuma nak kongsikan bahawa betapa manisnya ukhuwah dalam persahabatan. Maksud ukhuwah sebagaimana kita tahu adalah satu ikatan persaudaraan tapi sahabat2 perlu tahu bahawa ukhuwah itu satu perkara subjektif yang mana mudah diucapkan tapi sukar untuk kita menghuraikannya. Kenapa? Kerana hanya kita sahaja yang tahu betapa manisnya ukhuwah itu dalam kita bersahabat dgn sahabat kita.

Syukur rasenya selama 10 bulan ana di kampus UM Nilam Puri, ana dapat merasai nikmat memiliki sahabat yang solehah. Kehadiran dua sahabat ini amat bermakna buat ana. Bertemunya kami di kampus ini menjadikan kami mengenali antara satu sama lain. Halaqah selepas solat asar merapatkan lagi hubungan kami di samping berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman. Hadirnya BADAR menguatkan lagi ikatan kasih sayang di samping takaful dan tafahum antara kami. Kerana dua sahabat ini lah ,menjadikan ana terasa dekat dengan Allah s.w.t,menyakinkan ana bahawa kita ini tidak keseorangan dan perlukan seorang teman, menyedarkan ana tujuan kita diciptakan dan mengingatkan ana bahawa kita ini haruslah sentiasa ditarbiah untuk mentarbiah.

Kepada sahabat ana Sobiroh, jadilah enti Sibghotullah seperti yg enti mahu dan semoga celupan Allah itu akan membuahkan hasil kepada Islam. Uhibbuki fillah…

Kepada sahabat ana Jalidah, jadilah enti Jundullah yang kuat,tabah dan thabat dalam perjuangan. Semoga enti lah pemudi Islam yang dinanti-nanti. Uhibbuki fillah..

Ana , tetap di sini sebagai Anshorullah sentiasa berada di belakang antuma untuk terus menyokong antuma.


Tidak kira kita di mana sekalipun:
أنا أنت ، وأنت أنا ، نحن روح في البدن
“Saya dan kamu. Kamu dan saya. Kita adalah satu ruh dalam satu badan”

Jalidah = Jundullah
Atin = Anshorullah
Sobiroh = Sibghotullah
(JAS)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...