Friday, November 19, 2010

نعمة الله

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...
ana mulakan tinta ana dgn segala puji bg Allah yg sentiasa memberi nikmat kpd hamba2nya...
selawat junjungan buat nabi kita Rasulullah s.a.w...

InsyaAllah...ini sekadar perkongsian buat semua yg membaca dan juga tazkirah buat ana sendiri,insan yg sentiasa meraba-raba mencari keredhaan Allah.

Allah pernah berfirman:


وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها

maksudnya: "jika kamu mengira nikmat-nikmat Allah,nescaya tidak terhitung akannya"

Nikmat Allah?
Pernah ke Allah bg kita nikmat?
Berapa banyak Allah bg kite nikmat?

ya,nikmat Allah. Sesuatu perkara yg diberikan oleh Allah kpd kita,makhluknya di atas bumi ini,yang tidak terhitung dengan jari jemari kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Amat banyak nikmat yg Allah berikan kpd kita.Nikmat tidur,makan,minum,nikmat kesihatan,nikmat kefahaman dan nikmat yg paling besar adalah nikmat Iman dan Islam.Adakah Allah itu hanya memberikan nikmatNya kpd kita org Islam sahaja? Tidak!Allah itu Maha Adil. Semua nikmat2 itu diberikan kpd hamba2nya tdk kira kaya atau miskin. malah org bukan Islam pun Allah masih memberikan mereka nikmat dan rezeki.

namun ,tidak ramai orang bersyukur dgn nikmat yg diberikan(apatah lagi org bukan Islam). Cuba kita tanya pada diri kita sendiri. Kita bangun seawal pagi ke sekolah,ke tempat kerja, ada x kita baca doa selepas bangun daripada tidur? Inilah soalan yg selalu dilontarkan kpd ana dan sahabat2 yg lain oleh ustaz semasa dalam kelas. Pernah x kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas,nadi masih berdetik,jantung masih berdegup? ada yg pernah dan ada pulak yg tidak pernah. kita bagaimana??? Moga-moga kita dalam kalangan yg sentiasa bersyukur..
marilah sama-sama kita membasahi lidah kita dengan mengucap alhamdulillah setiap apa yg kita kecapi dan nikmati selama ini. mengucap alhamdulillah itu bukan lah sukar untuk dilafazkan berbanding kita melafazkan kata2 yang tidak berfaedah. Jangan lupa, Allah lah yg mencipta kita. Basahilah lidah kita dgn zikrullah...



:كلمتان حبيبتان إلى الرحمن ,ثقيلتان في اللسان خفيفتان في الميزان


سبحن الله وبحمده سبحن الله العظيم

Wednesday, November 17, 2010

seloka majmuah 2

SENARIO MAJMUAH 2 SEM 1

Ahlan wasahlan, pembuka bicara,
Majmuah 2 empunya cerita,
Niat hati bukan nak mengata,
Tapi hanya sekadar penghibur hati yg lara.

Sblum trlmbat,assalamualaikum diucap,

Diharap agar semuanya sihat,
Kalau sakit apa boleh buat,
Makan ubat tidur pun sedap.

Orangnya tegas penuh dedikasi,
Dialah ayahanda kesayangan kami,
Suaranya mengalahkan orang seni,
Ustaz Mohd Zamri nama diberi.

18 orang pelbagai ragam,
Pelosok negeri datangnya mereka,
Pahit maung diharungi bersama,
Bagai hidup satu keluarga.





Fatin Nabihah empunya nama,
Timbalan bos tanggungjawabnya,
Kerja diye rilex sahaja,
Tapi bos kami buat dek je.

Seorang peramah itulah sikapnya,
Selalu kemas walau ke mana,
Kalau nak kenal siapa gerangannya,
Itulah Shariha s/u kita.


Senyum manis cute orangnya,
Gaya seperti pelakon telenovela,
Bayar! Bayar ! Bayar ! itulah ayatnya,
Siapa x kenal cik Aina bendahari kita.

Senyap bukan sebarang senyap,
Senyap bicara tapi berbisa,
Ayahanda dan Bonda sering berharap,
Agar Mohd Sufian sentiasa berjaya.


‘ Ayat - ayat Cinta’novel kegemaran,
Ahmad Syafiq empunya tuan,
Jawatan Ustaz menjadi idaman,

Semoga berjaya hamba ucapkan.

Nak dengar suara punyalah seksa,
Zolilah Nadiah pendiam orangnya,
Orang bercakap dia membisu,
Langit nak runtuh pun dia x tahu.


Dari Pasir Putih dia ke mari,
Katanya nak ambil dunia ukhrawi,
Nabilah Izzah rajin sekali,

Insya-Allah mahasiswi mithali.

Mari dengar kisah si Lutfi,
Hendak berkahwin di esok hari,
Sibuk di sana,sibuk di sini,
Mana tak nye, biasiswa x masuk lagi.


Orangnya hai…warak sekali,
Bermadah berhadis dah mesti,
Insya-Allah Mesir menjadi destinasi,
Siapa lagi kalau bukan Nazirul Nazmi
.

Dari Serawak dia kemari,
Laut China Selatan sanggup diredahi.
Norliana Seli cute sekali,
Inilah dia baby kesayangan kami.


Berbalik kita kepada seorang ini,
Nur Madihah nama diberi,
Di dalam kuliah rajin sekali,
Bila di AMK tak tahu lah kami.


Dialah panjang dialah tinggi,
Muka handsome, Abbas dipuji,
Main bola mengalahkan Safie Sali,
Sekali sepak, masuk gol sendiri.


Dalam kelas tidak berkata,
Bagai orang sedang bertapa,
Bila ditanya barulah berkata,

Itulah Aziz kawan kita.

Berbual dengannya x pernah bosan,
Ada saja isu diutarakan,
Tahukah antum siapakah gerangan?
Ha…Sobirohlah yang ana maksudkan.


Dari Pinang Island dia ke mari,
Lagaknya selalu menghiburkan hati,
W Nurush Syafiqah. nama diberi,
Kalau bercakap susah nak berhenti.


Ini dia adik kami,
Suara merdu mendayu sekali,

Mohd Saifuddin empunya diri,
Susah nak jumpa,sukar di cari.

Ini kisah tahyul sekali,
Kisah si Aqiel macho sekali,
Orangnya rendah x tinggi-tinggi,
Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri.



Di mana mas’ul??
Kami tercari-cari!!
Oh …
Rupa-rupanya di sini.


Hari-hari makan capati,
Orangnya gelap manis sekali,
Muhammad Muaz mas’ul kami,
Berperangai ganjil hantu pun lari.


Sekian sahaja seloka ini,
Tamatlah sudah cerita kami,
Kami bagaikan satu family,
Kalu nak happy sertailah kami.

18 rakyat jelata,
Adik beradik lain ibu bapa,
Cita – cita memang berbeza,
Semoga semuanya akan berjaya.

Kembang melati mengindahkan saujana,
Mata bertaut hati ke hati,
Jika tersilap tutur dan kata,
Jadikan ianya kenangan abadi selamanya…


#nabihah

# cuti midsem

Wednesday, November 3, 2010

ana sudah bertunang...

(diambil drpd sahabat ana...renungkanlah)

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.
Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.


Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...
"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

APIUMku...

LANGKAHKU TERCIPTA DI SINI….

















Tepat pukul 8.30pg,aku bertolak ke Nilam Puri yg mana akan menmpatkan aku bersama dgn insan2 yg x ku kenali. Pukul 9.00pg,bemulanya pendaftaran bg mahasiswa/mahasiswi baru AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM) NIL AM PURI bg sesi 2010/2011.
Aku sampai jam 9.15pg. jarak perjalanan APIUM dr rumahku hanya mengambil masa 45 minit . kami disambut baik oleh abg2 n akak2 PP(pembantu pelajar). Selesai sudah sesi pendaftaran,kami mahasiswi ditempatkan di blok B AMK( asrama al-malik khalid) buat sementara waktu dan akan dttpkan balik bilik kami masing2 seusai Program Minggu Haluan Siswa selama 5 hari(panjang giler..).
Pukul 11pg,bermulanya sesi taklimat ibu bapa. Ma dan Ayah aku berada dlm dewan manakala aku bersama kakakku Salma yg menemani aku pd waktu itu berehat di bilik B301. Di dalam bilik ini aku ditempatkan brsama Aini,Fasihah dan Izzah (skrg x lagi). Kami semua diberi rehat sehingga pukul 2.30ptg.
“Ama …mai ar gi kantin,aku lapar la….”
Aku masih lagi dgn dialek Kelantan walaupun kat sana x ramai pelajar Kelantan,tapi walaubagaimana cara sekalipun, nak ke x nak ke lambat laun kena ckp jgk bahasa standard ni..adoi..!! Bukan x nak guna bahasa standard tu tp bila aku ckp…pecah tempayan budu dibuatnye…
Biasalah…org2 kelantan ni,kalau diaorg dengar org2 kelantan ckp bahasa ala2 KL ni,mereka akan gelak dan mulalah ckp “pecOh ppayei budu ddapur weh!!” huhuhu… 
“em…boring weh…letih la…”
“gi la tidur nuh..rehat2 ko dulu,lambat lagi ni nok tggu ma dgn ayah..”
“lambat lagi ko?ni pkul 12 doh ni,xkei hbs kul 1 kot. Xpo lah tggu jap agi,lagipun malah aku nok naik,doh la tgkat 3 bilik aku,nok tidur pun bO salOh.tggu je lah… 
Tiba2 akak PP(kak mai n kak fakhriah) dtg….
“Ada ape2 masalah ke??”
“Tak de ape2 pun,tggu ma dan ayah kami kat dewan tu…lambat lagi ke dik nak habis taklimat tu??”
“ Oh…lambat lagi kak,pukul 1 baru selesai. Akak bawalah adik akak ni rehat dulu,jap lagi kul 2.30ptg program MHS akan bermula nnti letih plak.”
“ Syukran ye dik..tapi xpe lah kami nk tggu ma dan ayah kami.”
“Kalau ade ape2 masalah,bgthu kami ye.”
“ Insya-Allah…”
Em…rancak betul diaorang berbual….
Tepat pukul 1,selesai sudah sesi taklimat ibu bapa. Aku menghantar keluargaku ke tempat parking kereta(bawah pokok dpn AMK ). Tapi,waktu itu aku masih x yakin aku boleh belajar kat APIUM ini sbb aku masih lagi berharap aku dpt kembali ke MMPP tuk ambil STAM. Kalau nk difkirkan mmg rugi lau x ambil STAM. Tapi...pikir punya pikir...memanglah STAM tu bagus,kebanyakan universiti pun terima pelajar STAM,belajar pun untung 1 tahun,masuk u terus ijazah,kerja pun senang dapat,tapi tak semuanya selepas SPM terus masuk u x bagus kan?? Ilmu pun,kat mane2 boleh cari asalkan kita rajin mencarinye.
Em...mungkin ade hikmahnye aku dicampakkan kat bumi tarbiyah ni. Teringat pesan ayahku,
”carilah mutiara kat sini sebanyak mungkin”
Mutiara?? Oo...sebab tu la mutiara... Nilam Puri. Nilam mksudnye mutiara. I see Isee ...
Baiklah,akan ku kutip mutiara2 yang ade kat cni biarpun aku x terjun ke laut sekalipun,tp atas darat pun jadi lah...asalkan mutiara(ilmu). Bagiku,ilmu adalah penting. Umat Islam dengan dukungan ilmu memberi asas baik untuk maju ke hadapan.(أيها الشباب توجه إلى الأمام)

MINGGU HALUAN SISWA

Tepat pukul 2.30 petang, Program Minggu Haluan Siswa bermula. Kami pelajar2 baru APIUM sesi 2010/2011 berada dalam Dewan Johor(dewan utama um nilam puri) kusyuk mendengar ucapan alu-aluan oleh Ketua MPP APIUM. Tidak ketinggalan kami juga turut diperkenalkan pensyarah2 kat cni. Kebanyakan daripada mereka berasal drpd Kelantan(bangganye... ) dan semuanya sporting2. Banyak aktiviti2 yang disediakan sepanjang 5 hari program ini diadakan. Macam biasa lah, taklimat2 khas,ceramah,tidak dilupakan jgk LDK,pertandingan,bersukan dan yg paling best...persembahan malam kebudayaan.

Bertemulah kami....

Pada hari terakhir program iaitu hari yang kelima,kami dibahagikan terus majmuah(kelas kuliah) masing2 beserta mentor(pensyarah/guru kelas). Aku ditakdirkan berada dalam majmuah 2 dan mentor kami ialah Us. Zamri Ghazali. Dalam majmuah inilah aku mengenali Sobiroh,liyana.Aina,Madihah,Shariha,Fathiah,Nasuha,Najihan,Nabilah,Idayu,Syafiqah dan Zolilah. Kami semua 23 orang termasuk banin. Inilah kami Majmuah 2,hidup kami tidak ubah seperti sebuah keluarga. Pelbagai ragam semuanye,tapi sayang sepanjang sem 1 ini ade je antara kami yang terpaksa pergi meninggalkan APIUM. Ada yang pergi maktab,overseas,underseas,pulang ke pangkal jalan(ambl STAM),em...macam2. Tinggallah kami 16 orang...



Doa Rabitoh:
Sesungguhnya Engkau tahu,
bahawa hati ini telah berpadu,
berhimpun dalam naungan cintaMu,
bertemu dalam ketaatan,bersatu dalam perjuangan,
menegakkan syariat dalam kehidupan,
kuatkanlah ikatanNya,kekalkanlah cintaNya,
tunjukilah jalan-jalanNya,
terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam,
Ya Rabbi bimbing lah kami,
lapangkanlah dada kami,dengan karunia Iman,dan indahnya tawakkal padaMu,
hidupkan dengan makrifatMu ,matikan dalam syahid di jalanMu,
Engkaulah Pelindung dan Pembela...



~ bawah pokok langsat
~9/10/2010 kul 3ptg(cuti akhir sem 1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...