Monday, July 25, 2011

أهلا وسهلا يا صديقاتي

الحمدلله النافع المعطي ، لا خيرا إلا خيره ، لا فضلا إلا فضله ، ورب سواه
Alhamdulillah...masih lagi berkesempatan untuk terus mengupdate blog ini walaupun masih terkejar-kejar dengan assignment. Begitulah kehidupan sebagai pelajar, tanggungjawabnya adalah belajar dan belajar untuk beroleh kejayaan, namun kita harus ingat bahawa belajar bukan setakat ingin berjaya di mata dunia sahaja tapi harus ingat bahawa mardhotillah yang kita cari sebenarnya. Kita bukan mencari keredhaan manusia tetapi kita mencari keredhaan Allah.

Ziarah Bumi Maahad, Bumi Tarbiyah...
Syukur rasanye hari ini ya Allah...hari ini Engkau mempertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat aku rindui. Syamilah,K.Farha,Syamila,Nabihah,Zarifah,K.wani, Aina Mardhiah,Zulaiha,Husna,Syuhada dan Najwa, selamat menjejaki ke alam universiti wahai sahabat-sahabatku. Kepada K.ha,Syamila,Hibatullah dan Nabihah, mabruk alaikunna!! Ahlan wasahlan ila jaamiatun malaya. Nantikan kedatangan sahabatmu ini tahun hadapan.

sedikit tazkirah buat sahabat2 ku semua...

من علامة النجح في النهياة الرجوع إلى الله في البداية
(" Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan ")

sahabat-sahabat yang ana sayangi kerana Allah, ingatlah bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah, terdapat permulaaan dan terdapat juga akhiran. Permulaan bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah adalah langkahnya menjalani kehidupan, dan pengakhirannya adalah ketibaannya di hadapan Allah. Jadi sahabat-sahabat, ayuh, tunggu apa lagi? sama-sama mulakan perjalanan kita di atas perjalanan yang sebenar-benarnya kembali kepada Allah, perjalanan yang menuju kepada sang Pencipta, maka peluang kejayaan kita untuk sampai kepada keredhaan Allah sangat besar.
Sahabat-sahabat, tidak kira kamu ditempatkan, yakinlah setiap aturan Allah itu adalah terbaik untukmu. sama-sama kita rujuk surah al-Baqarah ayat 216. " Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ". sentiasalah berpegang ayat ini wahai sahabat-sahabat. Ayat inilah yang menjadi motivasi kepada ana untuk kuat dalam menerima apa jua keadaan yang menimpa ana.

Alam universiti tidak sama dengan alam persekolahan, biahnya tidak sama d
engan biah semasa kita di bumi maahad dahulu sahabat-sahabat. Alam ini amat kuat ujiannya. Namun ingatlah,di saat engkau lemah, tiada siapa disisi, Allah sentiasa ada disisimu. Sekalipun engkau melupakanNya, berapa banyak dosa yang engkau lakukan, jauh sekalipun engkau dariNya, ingatlah Allah itu maha memaafkan. dia sentiasa ada untuk mendengar apa sahaja pada bila-bila masa.

- Islam tidak memerlukan kita tapi kita memerlukan
Islam-

(srikandi maahad : k.farha,syamila,nabihah,syamilah,najwa, k.aina, shuhada,
k.wani,husna,zulaiha,zarifah)

sahabatmu yang merindui kalian,
Srikandi Umar Mujahid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...