Alhamdulillah,genap lah sudah umur ibuku hari ini 4 februari 2011. selamat hari lahir yg ke-51 wahai ibuku. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t. dan dengan pertambahan umur ini bertambah jua lah imanmu. Kami anak2 mu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu wahai ibu yang kami sayang.
Kami anak-anakmu Ingin memohon restu Wahai ibuku wahai ayahku Ampunkan dosa-dosaku Wahai ibuku wahai ayahku Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam Untuk Rasul Junjungan Moga disyafaatkan Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku Kasihi daku Kasih ibu dan ayahku Wahai tuhanku rahmati daku Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka Dan bencana dunia Hubungkan mereka dengan talimu Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam Untuk Rasul Junjungan Moga disyafaatkan Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu Untuk ayah dan ibuku Wahai Tuhanku Berkati daku Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana Mereka menyanyangiku Dan mengasihiku waktu kecilku Tak terbalas budi jasanya
Ku hulurkan salam Untuk Rasul Junjungan Moga disyafaatkan Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku Halalkan makan minumku Doakan semoga aku selamat Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan Moga disyafaatkan Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.
bantulah aku menuju ke landasan yang benar, ADAM RENUNGKAN......
Alhamdulillah…sedar tak sedar kita sudah berada dalam tahun baru iaitu tahun 2011…satu TAHUN yg kita tidak pasti sama ada kita dapat meneruskan lagi hidup kita sebagai abdi dan khalifah Allah di muka bumi ini dan begitu juga dengan tahun-tahun akan datang.
Ramai antara kita ,sudah memasang dan memasakkan pelbagai azam baru dalam diri masing-masing…
“ InsyaAllah, tahun ini aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan kedua ibu bapaku…”
“ InsyaAllah, tahun ini aku akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menyara keluargaku…”
“ InsyaAllah, tahun ini aku akan berdakwah kpd sesiapa saja untuk tegakkan Islam…”
“ InsyaAllah, tahun ini aku akan menambahkan ibadatku kepada Allah untuk peroleh keredhaanNya…”
“ InsyaAllah, tahun ini aku akan menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelum ini…”
Semuanya, tahun ini tahun ini dan tahun ini…mana tahun2 akan datang??? Adakah kita sekadar memasang niat semata-mata untuk tahun2 tertentu saja???
Jadi, sama-sama lah kita muhasabah kembali apa yg telah kita lakukan sepanjang tahun 2010…supaya kita dapat memperbaiki kelemahan2 kita itu dan berazam untuk menjadi lebih baik lagi pada tahun ini dan tahun2 akan datang…semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t....amin.
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw,Ibnu Mas;ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata:
"Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata:
"Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini.... sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekatdengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa iniyang mafhumnya:
"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yangtidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
salam alaik buat sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog ana yang serba kekurangan ini...diharapkan kita masih beradadalam iman yang terpelihara...
Alhamdulillah, dengan izin ALLAH…rehlah mahabbah yg dirancang pada sem 1 yg lepas akhirnya dapat dilaksanakan juga.Untuk rehlah yg pertama ini,kami memilih Pantai Sri Tujuh sebagai tempat ‘honeymoon n star' kami. Walaupun tempat ini tidak lah terkenal sangat tapi alhamdulillah kami lah majmuah sem2 yg pertama yang sampai kat tempat ini. Kan kan kan?? Tp yg lebih pelik bin ajaib lagi,kami memilih masa yg amat sesuai untuk rehlah iaitu pada musim tengkujuh(x pernah di buat orang),memang best!!
(Pantai Sri Tujuh)
di sebalik perjalanan kami................
dah siap semua?
...ok..dah dah..
macam x cukup je sorang..
sape??..
fatin mane fatin...
alamak tuan rumah xde cam maner ni??
jom2 asif 'ala taakhuri...hehehe..
nasib baik kitaorang x pergi lagi..kalau tak...
kalau tak korang la yg sesat...huhuhu
*bertolak tepat pukul 10 pg Jumaat...dengan ape???x lain x bukan kereta sewa k.bi la(kisah menarik mengenai kereta kami jap agi)...
terima kasih kpd sobiroh n shariha kerana sggup memandu jauh2 demi kembara gerimis ini....alhamdulillah nasib baik ada banat yg boleh memandu...
Dari Kota Bharu(pergi beli tiket,al maklum lah dah nak cuti ni)...menaiki jambatan Sultan Ismail Petra. first time banat dapat tengok sungai Kelantan kecuali ana.
sampai Wakaf Bharu,perut dah meragam.nak buat macam mane,dr pagi perut kosong. Nak singgah pasar pagi tapi...tiba-tiba............
kereta pulak yang meragam....sampai Chabang Empat. Nasib baik Ustaz Mad(sempat lagi berkenalan) datang membantu(mcm Wonderpack la pulak)...uihh....perjalanan yg mencabar dan amat menguji kesabaran kami semua...
Teringat pesanan Ustaz kami...kita ni perlu juga mengkaji agama2 lain,perlu juga ke kuil untuk mengetahui serba sedikit tentang anutan mereka dan kita bandingkan dgn agama kita. Mungkin dgn kunjungan kita ke tempat mereka adalah satu wasilah untuk kita berdakwah. Mungkin mereka juga sama dengan kita,ingin mengetahui tentang agama masing2. dan mungkin juga akan tergerak di hati mereka untuk memeluk agama Islam...alaisa kazaalik?belum cuba belum tahu...
Jadi,kepada sahabat2 ana,tunggu apa lagi??jom pakat2 kito p...buat rombongan ke JuBakar..(kuil budha yg terletak di JuBakar atau dikenali Wat Machimmaram)
Alhamdulillah,sampai juga kami akhirnya di Pantai Sri Tujuh walaupun terpaksa melalui seribu satu masalah dan ujian namun itulah yg sebenarnya perkara yang mengajar kami untuk terus bersabar.
Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya....Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri...Dalam tradisi berfikir orang-orang Barat terdapat kecenderungan mempercayai bahawa alam ini terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan (by accident) lalu lahir teori evolusi dan teori-teori yang seumpama dengannya mengenai manusia, alam dan kehidupan....Dalam tradisi berfikir orang-orang Islam, alam ini diciptakan oleh Allah dan manusia dijadikan dalam keadaan yang sempurna....
Tepat pukul 4 ptg,kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya iaitu rumah ana sendiri(rumah ma n ayah). Saje je bawa sahabat2 ke rumah untuk mengeratkan lagi ukhuwah kami bersama. Sudah lama bermain-main kat pantai,terasa lapar lah pulak. Alhamdulillah,x rugi balik umah dalam keadaan lapar...terima kasih kpd ma kerana bersusah payah menyediakan makanan
untuk kami.
Perut dah kenyang,hari pun dah lewat petang. Pukul 5.30 ptg kami bertolak pulang ke APIUM.
Alhamdulillah kul 6 ptg kami sampai di APIUM .....inilah pengembaraan kami selama 9 jam...moga2 'rehlah gerimis...ziarah mahabbah' ini diberkati Allah s.w.t dan kami semua dapat mengambil 'ibrah dan khibrah daripadanya.
قف حتى تمضي قصة، فخذ منها عبرة واجعلها خبرة، لتستفيد منها حياة، تسلم في الدنيا والآخرة
"Biarkanlah berlalunya kisah, tapi ambillah drnya 'ibrah (pengajaran), dan jadikannya khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah !"~~